Tuesday, February 17, 2009

Mencari..

Apakah yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini?

Kadang-kadang kita terlalu leka dgn kehidupan dunia, bangun pagi pergi kerja, berhadapan dengan pelbagai bebanan kerja, di marah orang atasan, di perli atau di umpat. Bagi pelajar pula stres dengan bebanan assignment. Setiap orang menghadapi pelbagai situasi dan masalah dalam kehidupan. Namun kemana haluan dan matlamat hidup kita? Adakah cukup dengan sekadar bekerja atau mencari harta dunia, untuk kesenangan hari tua( itupun kalau senang). Namun berapa ramai daripada kita yang memikirkan tentang harta untuk dikumpulkan bagi menghadap ke hadhrat Allah S.W.T? Apakah harta yang patut kita kumpulkan itu?

Zikir itu menenangkan seluruh jiwa raga.
Zikir, itulah jawapannya. Bagaimana dengan zikir yang boleh menenangkan itu? Allah S.W.T ada berfirman di dalam al-quran yg lebih kurang begini maksudnya, berzikirlah sama ada dalam keadaan baring, duduk, berdiri dan sebagai nya. dan ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Dalam kesibukan manusia zaman moden ini mencari duniawi untuk keperluan hidup, kesenangan dan sebagai nya, kadang kala kita lupa untuk menyediakan waktu untuk mengingati Allah S.W.T sebagai pencipta kita. Ada orang kata "saya ini bukan nya kaki yg duduk di sejadah sepanjang masa, yang duduk berzikir buat ibadah pagi petang siang malam, bagi saya cukuplah saya amanah dalam tugas dan tanggungjawab saya, cukuplah saya jaga solat 5 waktu" . Saya bertanya kepada diri saya sendiri dan kepada para pembaca sekalian, cukupkah semua itu? Itulah pandangan orang kita yang terlalu sempit apabila menyempitkan maksud zikir dan ibadah itu sendiri. Apabila kita sebut zikir igt sejadah dan tasbih. Sememangnya itulah alatan yg kita gunakan untuk berzikir apa bila selesai solat. Tapi adakah tanpa semua itu kita tidak boleh berzikir? (sambung)

No comments:

Post a Comment