Hari ni 11 mac 2017 genap 30 hari ayah meninggal kan kami. Segala-galanya masih terbayang di ruang mata, nasihat ayah, pesanan ayah, segalanya masih jelas di ruang mata.
Coretan Seorang Hamba
Friday, March 10, 2017
Genap 30 hari
Hari ni 11 mac 2017 genap 30 hari ayah meninggal kan kami. Segala-galanya masih terbayang di ruang mata, nasihat ayah, pesanan ayah, segalanya masih jelas di ruang mata.
Thursday, February 16, 2017
Seminggu dah
16 Februari 2017
Genap seminggu pemergian arwah ayahku ke alam barzakh. 9 Februari 2017 ayahanda ku pergi mengadap Ilahi.
Cinta pada bonda mebawa ayahanda ke rumahku di Johor.
Aku membawa ibu ke Johor pada 21 Januari 2017. Ibu yang sebelum ini stroke kini aku jaga di rumahku sendiri. Sungguh dalam hatiku tiada niat untuk pisahkan ayah dan ibu. Ada yang bertanya kenapa nak pisahkan ibu dan ayah. Sungguh aku tiada jawapan yang tepat untuk itu. Ayahanda pun menyokong cadanganku cuma beliau tidak mahu ikut bersama kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara di kampung. Dia cuma mahukan aku ajar ibu solat semula setelah sekian lama terlantar di katil. Ibu pun gembira untuk pindah ke Johor. Satu perkara yang pasti tentang ayahku yang kesihatannya semakin merosot. Batuk yang berpanjangan.
21 Januari 2017 ayah mengiringi pemergian bonda bersama kaklong ke Johor. Sampai di Johor ayah mengajak kaklong ke restoran Turki kegemarannya. Menu Nasi Daging Turki kegemaran ayah. Ayah akan duduk di bilik atas yang aku khaskan untuknya bila dia datang ke rumahku.
Bual yang panjang
Ahad 22 Januari 2017. Aku pulang dari sekolah. Usai mengemaskan ibu aku ke bilik ayah ku. Banyak yang aku bualkan bersama. Namun pesanan2 beliau tetap segar di ingatanku. Jagalah ibu dan angah(abangku OKU) baik2. Aku memujuk ayah untuk tinggal bersamaku. Namun dia menolak. Dia kata mungkin belum masanya. Aku mohon maaf padanya kalau dia ada berkecil hati denganku namun katanya dia tidak pernah kecil hati dengan anak2. Dia cuma mahu ke surau di kampungku dan mengajar alQuran seperti biasa. Dia berpesan supaya jika berlaku apa-apa bawalah ibu pulang ke kampung. Wang RM 1000 dihulurkan bersama pesanan itu. Aku kata pada ayah , doakanlah yang baik2. Dia pesan kepadaku kalau urusan melibatkan van jenazah gunakanlah duit tu. Aku terdiam dan termenung panjang. Kemudian ayahku mnta untuk berehat. Aku melihat kelainan pada tubuh ayah. Perbaringannya ku lihat tubuhnya jatuh terutama kakinya. Namun aku cuna nafikan perasaanku.
Pulang membawa rindu.
Isnin 23 Januari 2017 ayahku pulang bersama kaklong. Ayahku pula duduk bersama kaklong di Seremban. Ibu bersama ku di Johor . Sejak dari itu aku kerap menghubungi ayah melalui video call whatsapps untuk melepaskan rindu membara. Ibu minggu pertama di Johor hari-hari minta aku menghubungi ayah. Rindu katanya. Ayahku juga ceria bila melihat ibu melalui video call. Sejak dari itu kalimah 'I love U' selalui keluar dari mulut ayah. Selama ini ayah amat sukar mezahirkan kasih sayangnya. Namun aku perasan sesuatu pada mata ayah. Terlalu redup. Kelopak matanya kelihatan 'jatuh'.
Janji dimetri
Ayah mengungkapkan janjinya untuk ke Johor pada bulan Februari mengikut abg alang ku sekeluarga. Mak sangat gembira. Tidak sabar dia menanti sang kekasih hati datang mengziarahinya. Hari-hari ibu bertanyaku tentang haribulan. Setiapkali menghubungi ayah setiapkali itu juga ibu akan bertanya bila nak datang Johor. Pada suatu hari abang alangku menyatakan akan ke Johor membawa ayah pada 9 Februari 2017. Ibu punyalah gembira bukan kepalang. Namun pada minggu ayahku mahu ke Johor aku menerima khabar dari along yang ayah betul2 tidak sihat. Batuknya teruk. Dibawa ke klinik. Doktor minta ayah ditahan wad dan dirujuk kepada hospital besar. Ayahku menolak. Dia berhasrat mahu berjumpa ibu terlebih dahulu.
Tiba hari yang telah dijanjikan
9 Februari 2017. Khamis. Cuti umum sempena Thaipusam. Alang mengambil ayah di rumah along seawal pagi. Kemudian bertolak ke Johor. Ayah ku ceria di sepanjang perjalanan. Ayah mengajak alang makan nasi Turki kegemarannya. Aku pula membawa ibu bersiar-siar di taman. Sementara menunggu ketibaan ayah. Sekitar jam 11 lebih pulang ke rumah untuk menyediakan makanan tengah hari. Ibu makan penuh selera tengah hari itu. Sementara aku baru beberapa suap makan kedengaran hon kereta alang di hadapan rumah. Angah segera menyambut ayah dan memimpinnya di pagar. Sementara aku menyambut ayah di pintu. Ayah kelihatan penat sekali. Sesekali batuk dan sesak nafas. Segera ayah dibawa ke kerusi malas yang betul2 mengadap ibu yang sedang makan. Aku salam tangan ayah. Spontan aku membacakan asma' Allah. Kelihatan ayah menganggukkan wajahnya. Saat menarik nafas panjang ayah pergi buat selama-lamanya. Ibu masih tidak tahu apa yg terjadi. Dunia terasa gelap. Aku minta kakak iparku bawa ibu ke dalam bilik. Sementara aku menghubungi ambulans bagi mengesahkan kematian ayah. Segera alang memberitahu adik beradik yg lain. Along begitu terkejut kerana baru semalam melayan ayah.
Ibu pula ku bawa untuk solat jamak zuhur asar. Lepas solat baru aku beritahu ibu yang ayah telah tiada. Ibu menangis sekuatnya. Tidak puas berjumpa kekasih hati, kekasih hati pergi selama-lamanya.
Segalanya mudah
Jiran-jiran telah mula berkumpul dirumah. Sungguh aku lupa bagaimana nak uruskan perkara asas bagi jenazah yang baru meninggal. Alhamdulillah Allah hantar jiran yang baik untuk bantu. Aku mengikat wajah ayah dari dagu ke kepala bagi merapatkan mulutnya. Mujur ada minyak Jerslin. Boleh buat sapu pada sendi-sendi ayah. Ramai jiran2 dan kawan2 dtg ziarah. Kak Dayang jiran setaman merangkap jiran sekampung banyak membantu. Usai urusan laporan polis, permit kubur dan van jenazah siap ayah dibawa pulang ke kampung bagi urusan pengebumian. Subhanallah ramai jiran2, sedar mara, anak2 murid abah dan ikhwan tariqah ahmadiah telah menunggu di rumah.
Mulianya orang yang mengajarkan alQuran.
Jumaat 10 Februari 2017. Usai jenazah di mandikan anak2 dipanggil untuk melihat jenazah buat kali terakhir. Sungguh aku lihat ayah seperti tidur. Wajahnya berseri sekali. Kemudian Tuan Guru Sheikh Mohd Paiz datang mengucup dahi ayah. Tuan guru mengimamkan solat jenazah ayah. Moga kemuliaan tuan guru memberi syafaat kepada ayah. Moga Allah tempatkan arwah ayah bersama para kekasihNya.
Damailah abah di sana. Tamat sudah tanggung jawabmu di dunia. Berjumpa kasih agung yang selalu kau puja.
Al-Fatihah,
Haji Nor Muhammad bin A. Gulap
22 April 1945 - 9 Februari 2017
Tuesday, February 14, 2017
Penama Akaun Tabung Haji
Baiklah, kali ni nak post tentang pentingnya meletakkan penama pada akaun tabung haji.
Hari ni aku ke Tabung Haji cawangan Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang. Bagi menguruskan baki simpanan arwah ayah.
Pertama, kita tak tahu bila ajal kita. Jadi sekiranya penama telah diletakkan hanya perlu:
1. Isi 'borang pusaka'.
2. Salinan ic pewaris
3. Sijil mati.
Sekiranya tiada penama diletakkan, apabila pencarum Tabung Haji meninggal dunia, waris sukar untuk membuat tuntutan. Ia akan melibatkan proses angkat sumpah dan sebagainya.
Moga maklumat ini berguna!!!
Monday, February 13, 2017
Ibu cahaya hatiku
Tempat zahirnya kasih Ilahi,
Saat kecilku kasihmu tiada pengganti,
Saat dewasaku doamu tiada bertepi,
Ibu, cahaya hatiku,
Seribu mehnah yang datang,
Engkau tetap bertahan,
Kerana janji Tuhan kan bersama orang-orang beriman,
Kerana janji Tuhan kan bersama dengan orang-orang bersabar,
Walau pedihmu menahan rasa.
Ibu, cahaya hatiku,
Kental jiwamu membesarkanku,
Teguh hatimu dengan sebuah prinsip,
Agar dewasaku berguna demi agama dan bangsa,
Agar dewasaku amat bererti.
Ibu, cahaya hatiku,
Mewarnai setiap ruang kehidupan,
Redhamu adalah redha Tuhanku,
Kasihmu adalah syurgaku,
Doamu mengiringi hidupku.
Nhm 2017
Bersarang
Sepanjang 6 tahun byk pabit manis kehidupan berlaku dlm hidupku. Fasa menjadi dewasa hampir lengkap dalam perjalananku sebagai hamba. Ujian, nikmat silih berganti. Insya Allah coretanku akan berterusan pula selepas ini. Doakan aku.

