Thursday, September 23, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Monday, August 30, 2010

10 Fasa Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke fasa ke 3 bulan ramadhan. masih byk yangg belum dibuat untuk Ramadhan kali ini. Selain daripada dok pikir hari raya nk beli kuih apa, nak buat kuih apa, apa nk hidangkan pada org yg datang rumah, nampaknya aku masih belum mampu meleraikan nafsuku. Apakah aku masih sempat utk menemui Ramadhan yang akan datang? Ya Allah temukan lah aku dengan Ramadhan tahun hadapan. Berikanlah aku kebaikan dalam bulan Ramadhan. Sungguh aku telah mengsia2kan peluang yg Engkau beri pd tahun ini. Maafkan aku ya Rabbi.

Friday, August 27, 2010

Penentuan Awal dan Akhir Ramadhan..

As Salamu Alaikum w.b.k. Saat aku menulis kiriman ini, telah 18 hari umat ISlam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Iaitu Rukun Islam yang ketiga. Agaknya bagaimana kualiti puasa kita pada taun ini ye? Diharapkan ianya lebih baik daripada tahun2 yang lepas. Insya Allah. Di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca iaitu cara penetapan awal dan akhir Ramadhan. Moga ianya berguna untuk kita semua.

---------------------------------------------------

Kaedah Imkannur-rukyah
Malaysia merupakan salah satu dari negara yang menggunakan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan sebagai asas takwim hijri, termasuk untuk penentuan awal Ramadhan, Syawwal dan Zulhijjah. Satu aspek penting dalam kaedah ini ialah syarat kenampakan anak bulan. Mulai tahun 1991, syarat kenampakan anak bulan yang digunakan di Malaysia untuk membuat pertimbangan kenampakan anak bulan pada hari ke 29 hijri sebagaimana berikut:

Ketika matahari terbenam,

(i) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°,DAN

(ii) Jarak lengkok matahari ke bulan tidak kurang daripada 3°.ATAU

Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.

Kaedah yang digunakan di Malaysia, malahan di beberapa negara Asia Tenggara merupakan pendekatan yang terbaik dari segi syarak dan astronomi. Walau bagaimanapun, penggunaan asas takwim hijri di beberapa negara Timur Tengah agak meragukan. Sering kali kita menerima laporan kenampakan anak bulan pada hari bulan menurut keadaan fi zikalnya tidak akan berada di atas ufuk. Peristiwa yang sama berlaku bagi penentuan Ramadhan tahun ini, di mana anak bulan dilaporkan kelihatan di Yemen. Dipercayai, negara berkenaan meng-gunakan kaedah rukyah mutlak di mana rakyat biasa akan melakukan rukyah sendiri dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kaedah ini boleh mencetuskan banyak kekeliruan. Di Malaysia, tugas melihat anak bulan dilakukan oleh petugas rasmi yang dilantik dan mem-punyai kemudahan pencerapan yang baik. Kesemua tempat melihat anak bulan dilengkapi dengan peralatan teleskop dan teodolit. Ahli-ahli rukyah juga dibekalkan dengan data rukyah yang mengandungi jadual pergerakan bulan dan matahari pada hari rukyah. Kemudahan begini sudah boleh dianggap memadai untuk tujuan merukyah anak bulan kerana di seluruh negara terdapat sebanyak 26 tempat melihat anak bulan. Merukyah secara sebarangan dan tanpa bantuan peralatan teknikal boleh memberikan keputusan yang berlawanan dengan hakikat sebenar. Anak bulan akan didakwa kelihatan, walaupun sebenarnya anak bulan tidak berada di atas ufuk. Justeru itu, segala langkah teknikal untuk mengelakkan ‘kerosakan’ (sadduh dzaraih) dalam melaksanakan tuntutan rukyah perlulah di ambil perhatian.

Sebagai contoh, negara Arab Saudi telah memulakan awal Ramadhan sama dengan Malaysia, iaitu pada hari Khamis (9 Disember 1999). Justeru itu, dijangkakan pihak berkuasa Arab Saudi akan mengisytiharkan tarikh 29 Ramadhan bersamaan 6 Januari 2000 sebagai hari rukyah, sama seperti negara Malaysia. Persoalan yang timbul adalah bagaimana sifat bulan di Malaysia dan di negara Timur Tengah? Menurut almanak astronomi, fasa ijtimak iaitu pemisahan di antara bulan lama Ramadhan dengan bulan baru Syawwal hanya akan berlaku pada pagi Jumaat, 7 Januari 2000, jam 2.15 pagi bersamaan jam 10.15 malam di negara Arab Saudi. Dari data ini jelas menunjukkan ketika matahari terbenam di Malaysia dan Arab Saudi, fasa ijtimak belum berlaku lagi. Di Malaysia bulan akan terbenam kira-kira 18 minit sebelum matahari terbenam. Manakala di negara Arab Saudi bulan akan terbenam kira-kira 10 minit selepas matahari terbenam. Kesimpulannya di kedua-dua negara dan kawasan di antaranya, anak bulan belum wujud lagi. Pemisahan sempurna bulan dengan matahari bagi menandakan pembentukan fasa anak bulan Syawwal 1420 hanya berlaku di tengah-tengah Lautan Atlantik. Dengan ini negara-negara di sebelah timur dari Benua Amerika (termasuk Afrika, Timur Tengah dan Asia) tidak mungkin boleh menyambut Aidil Fitri pada hari Jumaat (7 Januari 2000). Awal Syawwal bagi negara-negara Timur Tengah dan Asia Tenggara sepatutnya disambut pada hari Sabtu, 8 Januari 2000. Sekiranya ada negara-negara pada kawasan berkenaan menyambut Syawwal pada hari Jumaat dengan dakwaan anak bulan kelihatan di tempat mereka, maka ini merupakan satu kekeliruan atau mereka mungkin menggunakan kaedah lain yang tidak mengambil kira sifat anak bulan.

Sumber: Portal Falak Negeri Selangor

Thursday, August 26, 2010

Sibuk...

5 perkara sebelum datang 5 perkara....

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Ya Allah... 2010 semakin menginjak penghujungnya.